Kad Kahwin Melayu Custom dan Inspirasi



Bagi anda sudah tentu mereka yang bakal bergelar pengantin mahukan sesuatu yang menarik dan berpuas hati, Juga berlaku pada saya sendiri dan ianya mudah kerana saya juga merupakan seorang 'pereka grafik'. Jadi untuk saya melakukan sesuatu yang fresh mungkin terletak dalam arahan saya sendiri. Tetapi ingat proses ini juga rumit kerana kemalasan/dan waktu bekerja untuk menyiapkannya adalah tanpa 'tekanan'dengan kata lain boleh suka hati deadline.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya bakal melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hati, di atas ini adalah idea saya melalui pemerhatian saya pada rekaan antarabangsa yang lain. akhirnya saya siapkan seperti di atas. Tetapi di atas ini saya telah alihkan info atas sebab tidak mahu umum mengetahui info yang berada di atas kad tersebut.

Amacam ngam tak?sbelah kiri untuk tema sbelah pengantin perempuan dan sbelah kanan tema untuk mpengantin lelaki.. info dia banyak tapi saya ubah supaya nanti tak diciplak oleh pereka segera yang lain.
Maaflah saya kurang berkenan dengan pelbagai kad kahwin untuk orang melayu/muslim sekarang. bukan saya ingin melenyapkan warisan dan tradisional yang ada pada melayu, (tepak sirih, Pinang, bunga, kerawang, motif flora /etc) tetapi bukankah para pereka boleh mengolah menjadi suatu daya tarikan yang elegance dan mempesona.

Hindarkan meletak ayat2 suci Al-Quran. Mungkin pihak jemputan ingin mendoakan/ mengajak bersama turut mendoakan pengantin tetapi ingat, kad jemputan ini hanya digunakan selagi kenduri belum tamat. sesudah kenduri ia hanya bergantung kepada mereka untuk menyimpan atau 'hilang/lenyap/biar' begitu sahaja di mana2.Jadi kita perlu menarik perhatian orang untuk menyimpan atau buat dengan ringkas dan menarik bertujuan menjemput mereka hadir meraikan majlis kita. Saya pasti kedatangan mereka itu diiringi doa dan harapan kepada keluarga dan pengantin. Tidak perlu nyata dalam kad jemputan. Juga ramai DJ2 yang dijemput turut sama membaca doa majlis pembuka kenduri..

Less is more. Love. Softbullet.

0 comments:

Post a Comment

Click for more info