love you MH370

Salam semua, seluruh negara di Malaysia kini berkabung sebagai menghormati dan bersimpati terhadap misteri pesawat 'lenyap' dan dikatakan bekahir di lautan Hindi oleh Perdana Menteri Dato'Seri Najib di dalam satu sidang media. Apakah ini noktah peristiwa yang terjadi kepada negara yang dikatakan aman dan dijaga penuh rapi dalam negara yang berdaulat. Malaysia Airline System telah melalui pelbagai pengiktirafan tempatan mahupun antarabangsa dalam pengendalian yang cukup berprestasi baik dalam kelas cemerlang pada kedudukannya.

Sehingga kini ianya masih mengekalkan kedudukan Cabin terbaik dan tanpa ada sebarang tercalar walau telah berlaku kejadian MH370.Barangkali imej MAS pasti tercalar tetapi siapa yang mahukan ini terjadi? Saya tertarik dengan pelbagai andaian dan diskusi yang telah diterbitkan dalam beberapa blog tempatan mahupun antarabangsa yang telah mengaitkan dan memberi fakta dan kesinambungan penuh bermakna terhadap misteri kehilangan pesawat yang dirindui semua ini.

Terlalu banyak spekulasi dan disampaikan diserata dunia bertepatan kronologi yang berlaku dalam menjejaki MH370. Walau andaian yang hadir di dalam laman2 sesawang, blog / media massa ianya hanya sebagai amaran dan tiada tangkapan dibuat sedangkan andaian2 sebigini mampu mengancam dan menterbalikkan misi dan operasi yang sedang berlaku. Adakah mereka rasakan andaian ini sememangnya berlaku? atau Para ahli penyelamat yang terlibat dalam SAR dan menterinya tidak mahu usaha mereka terganggu dengan mereka2 yang mengeluarkan spekulasi dan andaian kerana mahukan fokus yang lebih kepada misi menyelamat? Atau ada beberapa rundingan secara sulit yang tidak diketahui dunia? atau sebagainya?

Saya juga tidak mengharapkan apa yang diberitakan sebagai kronologi terkakhir MAS MH370. Mengikut pendapat saya, saya memahami tugas dan segala tanggungjawab yang ditanggung menteri/pihak yang bertanggungjawab segala rasa perasaan terhadap keluarga mangsa,mangsa dan juga pada negara, oleh itu seharusnya mereka2 yang bertanggungjawab dalam misi ini harus juga mendengar andaian dan spekulasi ini. Bahagikan operasi kepada bahagian mengikut pihak yang merasakan telah memberi klu yang terbaik. ambil dan kaji. Tidak salah mengkaji dan PESAWAT MH370 ADALAH MILIK MALAYSIA. jadi rasanya kita mempunyai Hak untuk ragu2 terhadap apa yang berlaku. Ini kerana sekiranya berlaku perkara yang sama ini pada barat, mereka dengan sesuka hatinya akan membuat dan memantau tempat yang dikatakan berkaitan apa yang dicari.

Saya melihat beberapa andaian menyebut Pangkalan Rahsia tentera barat itu disebut beberapa dalam spekulasi/andaian mereka. Saya tidak mahu bercakap lebih dalam isu yang sangat sensitif terutama kepada keluarga yang terlibat. Apa yang berlaku memang takdir yang menentukan,dan kita tetap perlu berusaha dalam menentukan takdir itu yang terbaik telah direncanakan tanpa hanya bergantung harap dan pasrah menyerah. 

Kini doa saya berubah untuk MH370, "Ya Allah, sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada apa yang telah terjadi, ko pecahkan/ko musnahkan perancangan berniat jahat hambamu itu,sekiranya ada yang dizalimi pada ketika ini ko tunjukkanlah dan kau terbalikkan lah mereka sehingga mereka menemui jalan buntu dalam mencari muslihat menzalimi orang yang tidak bersalah. Sekiranya ia benar2 terjadi dalam takdirMU aku redha dan aku mendoakan roh muslim yang terlibat dirahmati dan dipelihara olehMU.." 

Salam takziah kepada ahli keluarga terlibat. sama2 menyokong usaha mencari dan menyelamat dan mohon agar dipermudahkan segala urusan dan pada kaum keluarga yang terlibat..Usah menangis dan bersedih kerana terlalu ramai mendoakan kesejahteraan mereka. Kawal lah emosi kita dan peliharalah hubungan sillaturrahim sesama kita.

#sekadar berkongsi luahan rasa.






0 comments:

Post a Comment

Click for more info