Apabila Photoshop atau Edit Photo Apps jatuh ke tangan tidak sepatutnya

Dukacita dilihat hari ini tidak semakin dunia berteknologi dan semakin kempas masyarakat berada di luar sempadan. Pertumbuhan software ringkas sehingga ádvance'dalam mengaplikasi dan mengolah sebuah gambar kini tidak lagi difahami etika sebagai seorang individu bergelar Graphic Designer. Pertumbuhan software ini yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan mengakibatkan mereka yang tidak punya etika dan prinsip dalam menjaga tatasusila sebagai "Problem solver' iaitu makna 'Design'itu sendiri adalah sebagai penyelesai masalah secara visual.

Saya tertarik setelah melihat beberapa siri peperangan secara visual psikologi ini kini semakin hebat dan ianya semakin hari bebas bergerak tanpa sempadan dan cengkaman dari individu yang berkuasa. Melihat perkara ini tiada tindakan tegas diambil, sikap segelintir 'Designer' segera yang tahu menggunakan aplikasi yang ada telah menconteng arang di muka para Seni Reka Grafik. Terabary Syed Saifullah telah mengubah suai Isteri Perdana Menteri datin Seri Rosmah hancur akibat kononya terhempas ketika menaiki pesawat pulang ke Malaysia. "Tidak salah untuk membangkang, tetapi jangan sampai menghina"begitu juga beberapa keping gamba bekas MB Kelantan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga sangat meruntun jiwa saya apabila kepala diubahsuai dengan badan atau perkara tidak sepatutnya dan juga beberapa pemimpin lain..

Sebetulnya perkara ini harus dipupuk pada setiap individu sebelum bertindak secara tidak waras. Kerakusan sesetengah blogger yang mahukan rating mereka meningkat untuk pengunjung menyinggah di blog mereka semata mata mahu melihat perbuatan yang keji dan penakut ini menyebabkan mereka tanpa rasa bersalah akan terus memperlihatkan kebodohan mereka dan akhirnya seni reka grafik visual sudah pun jatuh dan dihina oleh masyarakat, mana nya tidak sesetangah gambar yang sebenar kini tidak mampu dipercayai sebaliknya yang sebenar di sembunyikan dan yang tidak benar itu disebarkan dan akhirnya Fitnah berleluasa. FITNAH terbesar ini akan menjalar kurang dari sesaat ke seluruh pelusuk dunia.

Ketahuilah wahai rakan2 dan fahamilah, berkongsi ilmu itu lebih bermanfaat dan berintegriti serta pulangan nya kekal sehingga Yaumul Mahsyar. Bergerak dan edit lah secara etika dan teliti dahulu sebelum kita berkongsi kepada orang lain apakah sebab dan nisbahnya di antara positif dan negatif yang akan berlaku..
Saya unjukkan contoh pemimpin2 negara yang telah menjadi bahan gurau senda yang boleh dianggap keterlaluan dan kejam. Tidak kira siapakah mereka sama ada artis? Jiran? rakan dan sebagainya jagalah kehormatan diri nescaya feedback yang diterima sangat indah dari yang disangka,bukan bersembunyi disebalik kepakaran yang ada. Ini lah sebab mengapa saya rasa kelas2 pengajian tuk mengajar grafik dengan menggunakan software tidak perlu terlalu murah, kerana walaupun tanpa kelas, mereka kini mampu belajar sendiri.

Terangkan pada mereka apakah etika sebenar dalam menjadi seorang 'Graphic Designer'

Salam..


Antara beberapa keping contoh menyalah guna kecerdikan/kewarasan akal yang tuhan telah kurniakan. Nauzubillah (Tanya pada diri kita, adakah ini semua yang kita ingin sajikan pada anak2 kita kemudian hari kelak...? 


0 comments:

Post a Comment

Click for more info